Friday, May 20, 2011

nasi ayam..sekali cuba pasti nak lagi



Bahan-bahan :

1.ayam

2.beras

3.bawang besar

4.halia

5.bawang putih

6.sup bunjut

7.cili masak

8.sedikit sos tiram

9.sedikit kicap

10.sedikit cili sos

11.daun sup

Bahan-bahan untuk sayuran :

1.Tomato

2.Timun

3.Daun salad

Cara-cara :

Rebus ayam bersama halia yang ditumbuk lumat sehingga masak.

Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama sos tiram & kicap. Air rebusannya jangan dibuang.

Untuk nasi, tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan separuh air rebusan ayam tadi dan tanak bersama-sama nasi (bubuh pewarna kuning sikit supaya nasi tu berwarna kuning).Garam secukup rasa dan biarkan masak.

Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng.

Untuk kuah sup, tumis bawang putih dan bawang besar bersama-sama sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Setelah hampir masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.

Untuk sos cilinya pula, tumbuk atau blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih hingga hancur. Masakkan bersama-sama sedikit sos cili dan sedikit air, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.

Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

Bubur jagung enak...


Bahan-bahan ( 3-4 orang )


4 tongkol/batang jagung manis-diambil isinya

5-6 sudu besar gula (ikut manis)

1 mangkuk kecil santan pekat

1- 1 1/2 mangkuk kecil air

2 helai daun pandan disimpul

1/4sudu teh garam (optional)

segenggam sagu dibilas dan toskan(optional)

Cara-cara

1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)

2. Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biar mendidih dan masak.

3. bubur ni berwarna putih. bagi mereka yg suka warna bolehlah menggunakan sagu yg berwarna yg terdapat di supermarket.

Wednesday, May 18, 2011

coleslaw...



Bahan-bahan ( 4 orang )


- 1/2 potong Kubis Bulat (dipotong kecil-kecil)- macam KFC.

- 1/2 batang Karot (dipotong kecil-kecil)

- suku potong Bawang Besar (diracik-racik halus)

- 1 s/b Apple Cider (blh dibeli di mna2 psr raya --saya guna brand "Heinz")

- 6 s/b Coleslaw Salad Mayonis (saya guna brand "Lady's Choice" - blh lebihkan pggunaan mayonis - ikut citarasa masing2)

- sedikit garam

Cara-cara

1. Satukan Kubis Bulat, Karot dan Bawang Besar. Kacau sebati.

2. Masukkan Apple Cider, Mayonis dan garam. Kacau lagi sehingga betul2 sebati.

3. Siap dan sedia dihidang. Hidangan ini sesuai dimakan as a snack for those who on diet, atau dihidangkan bersama mashed potatoes and others western food.

fish and chips...nyammm..delicious

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

1. 2-3 keping isi ikan (guna apa2 jenis ikan isi putih yg besar spt jenahak,kurau, kerapu)

2. 3/4 cawan tepung gandum

3. 1/4 cawan tepung jagung

4. 1/3 cawan susu segar

5. 1/3 cawan air

6. 1 biji telur

7. 1/4 sudu teh soda bikarbonat

8. 1 sudu teh garam

9. 1/2 sudu teh serbuk buah pala /paprika (jun x isi)

10.1/8 sudu teh serbuk kunyit

Cara-cara

1. Ikan tadi dilap dengan kitchen roll tisu.

2. Campurkan tepung gandum, tpg jagung, soda, garam dan serbuk kunyit.

3. Campurkan susu, air, telur, kacau dengan garfu. Masukkan kedalam campuran tepung. Gaul rata.

4. Celup ikan dalam tepung dan goreng 4-8min. Angkat dan letak atas kitchen roll tisu untuk buang lebihan minyak. Hidangkan dgn sos, mix vege dan fries.
 
nak sedap lagi fish n chips ni makan la bersama coleslaw ke kentang goreng ke...sos ke..dan lain-lain lagi yang boleh membangkitkan selera anda..

BORING AND WHATEVER....SO ON...

umm...cuti ni bosan la pulak duk umah...mitak keje pun tak dapat-dapat lagi..sabar2..hati ni berbicara..hehe
rutin harian: tido+makan+tengok tb+surf internet...uwaa membosankan..ummm..tapi hari ni teringat kat blogku sayang ni...rase nak main masak-masak pulak..wahhh salah satu minatku tuh!!..so...sekarang....

Monday, March 28, 2011

PETUA IMAM SHAFEI'.....4 PERKARA

Empat perkara menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama






Friday, March 25, 2011

MICRO TEACHING 21 MAC 2011


haa...ni trying baru aku..setellah yg dulu xmenjadi..nampaknya hari ini usha aku menampakkan hasil..syukran ya Allah...
TAJUK: SANDWIC TELUR

Thursday, March 24, 2011

KELAS PENYEDIAAN MAKANAN

8 MAC 2011

ALOO CHOBI

errmm..ni aku masak SUPERVISOR tuk masakan pada hari ni minggu 10 alina & yus. masa masak ada la juga kena tegur dari pn nazira pasal cara pemotongan sayur..huhuhu.

BAHAN-BAHAN

500 gm bunga kobis- potong kecil/florett
3 biji kentang- potong dadu, goreng hingga empuk
4 biji lada hijau-belah dua, buang biji, hiris serong
1 biji terung panjang-potong dadu, goreng hingga empuk
2 peket jagung muda-potong bulat
2 biji tomato-potong dadu
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 gm serbuk kari
1 biji bawang besar- cincang
150 gm minyak masak
10 gm camt garam
10 gm gula pasir.
50 gm daun sup

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan 2 camb minyak dalam kuali. goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning.
2. masukkan bunga kobis, jagung muda dan serbuk kari. goreng hingga lembut. masukkan sedikit air jika perlu.
3. masukkan tomato, lada hijau, terung dan kentang, sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
4. hidang sayur dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan daun sup.

 harap resepi ni aku dapat buat lagi pada masa2 akan datang..INSYAALLAH...


 22 MAC 2011
EGG DROP SOUP

errmmm...first time dapat pujian masak sem ni...kate puan erna..masakan ni uumm....sedap...perfect!!..dalam hati gembira tapi nasib baik dalam keadaan sedar..(xriak lagi0..huahha..tapi memang aku pun rase betul2 sedap..first time juga aku masak benda ni..SUPERVISOR minggu 12  ni ct khairah, yatt & lia..jom layan resepi di bawah..:

BAHAN-BAHAN

50 gm bawang putih-cincang
10 gm serbuk lada
10 gm serbuk lada sulah
1 biji bawang besar holland- cincang
4 liter air
80 gm serbuk ayam
200 gm sos tiram
100 ml kicap
30 ml minyak bijan
50 gm cendawan chitake- rendam air panas,hiris halus
5 biji telur- pukul sebentar
50 gm gula
20 gm garam
50 ml minyak

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cendawan chitake, bawang, serbuk lada dan serbuk lada sulsh, masak hingga kuning.
2. masukkan air, sos tiram, minyak bijan dan kicap. didihkan
3. setelah mendidih, sesuaikan rasa dengan serbuk ayam, gula dan garam.
4. masukkan telur sambil dikacau-satu arah sahaja.
5. hidang panas

resepi yang senang mudah dan ringkas...sedap pula tu..nyammm..nyam..

Tuesday, February 22, 2011

SEMUA TAK MENJADI..Ummm..sedeihhh.

hai..semoga sihat2 selalu..waktu menunjukkan jam12.31 pagi..masa untuk tdo..hehe tapi sebelum tu rse nak cite apa yang terjadi arini..rasenye benda ni penting untuk aku motivasikan dan jadikan ia sebagai pengajaran buat diriku sendiri pada masa hadapan..ceritanya..petang tadi aku ada clas micro teaching di N30 makmal pneumatik aku ingatkan leh dapat bilik lukisan kejuruteraan, las minute mberku cakap tak dapat guna bilik tu sebab penjaganya  tak ada..dalam hatiku mula rasa xsedap maklumla kita prepare dapat guna bilik lk sebab bilik tu senang semua alatan yang berkaitan lukisan teknik dah ada..

ok berbalik pada cite clas mic.teaching tadi, kelas  ni asas kepada latihan pengajaran dan pembelajaran..tapi tadi semua macam tak bersedia..aku pilih tajuk lukisan teknik sebagai matapelajaran amali..first pulak tu jadi cikgu amali, patut mber aku laki..tapi masa tu dia kuo ntah g mane..sob2 lecturer mtak aku dulu sebab masa pun tak brapa mengizinkan..2 hal dah yg xjadi..tiba-tiba hatiku rasa berdebar semacam..oleh sebab debaran itulah menyebabkan semua xmenjadi....arhhhhgggg sedih giler rase, nape perasaan tu datang sedangkan aku mahu tolak ia ketepi jauh2 diwaktu aku betol2 tak memerlukannya..tapi sesi pnp tetap diteruskan..masa pula macam tak cukup je..aku apa lagi kena rush la, patut benda tu aku xmau buat tapi fikiranku buntu jadi terpaksa buat juga..dalam keadaan terkejar masa tu ada lagi perkara tertinggal..ayooooi..aku terlupa bagi tugasan kat pelajar, tapi nasib lecturer tak tegur masa sesi kritikan..pastu rumusan aku tidak seperti yang dirancang.untuk amali kami diberi masa 30minit sama juga dengan latihan mengajar teori.

pokok pangkalnya arini semua tak menjadi mungkin aku tidak lagi bersedia dari segi mental fizikal untuk menjadi seorang cikgu yang berwawasan..cewahh..(harap2)..umm.tapi bagi diri aku latihan mengajar teori baru ni lebih baik dari amali..lecturer dr.rohana pun cakap camtu, jadi aku mintak nak buat sekali lagi amali..dr rohana cakap lau cukup masa akan dipertimbangkan..aku rasa arini kurang berkeyakinan, mungkin einstein tu xdatang..hehe. ntah la aku ni lau yakin, yakin sangat tapi lau xyakin, xyakin sangat...humm..xtau la nak kata pe lg. tp yang aku tahu aku ni cepat berubah mud bab kata orang cepat sejuk cepat juga nak marah..harap dapat dikawal dan dibuang jauh2 sifat yang menggangu perjalanan hidupku..

pape pun bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia masih lagi memberi aku kekuatan untuk mengharungi segala pahit manis perjuangan sebagai seorang hamba, anak, pelajar, teman dan lain..syukur....
wahh!!sedar tak sedar jam da menunjukkan jam 12.56...lame jugak errkk aku meluahkan perasaan di sini,takpe la sekurangnya dapat memotivasikan diri aku setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya...think + rabiatul..itulah perkataan yang aku cuba setkan di mindaku...aku harap ia melekat sampai bila..di bawah aku masukkan gambo buat2 ingatan..jom layang..

ni la di antara komen yang aku dapat dari lecturer yang ajar micro teaching ni..secara bertulis.

 camni la keadaan orang termenung dan tak puas hati..
tension ni clas hari ni xjadi,semua salah aku tak prepare tol2..!!pahtu snap la sorg2 lam bilik pas da clas untuk menghilangkan apa yang xpatut aku ingat...peace.!

ok..zzzzzzzzz..tdo la..sok ada clas masak jam 8am.. semoga hari esok lebih baik dari hari ini..GUDNITE!!..salamm..

Friday, February 18, 2011

my beloved family

 my mum and dad..
 my eldest sister (kak ita)
 second sister (kak ida)
 the third sister (kak ina)
 me!!

 

MY NIECES & NEPHEW 

Thursday, February 17, 2011

apa itu kawan sejati..??

ok.. hari ini aku nak cerita pasal teman sejati..apa yang anda tahu tentang teman sejati? mungkin anda katakan ia sebagai teman rapat..tapi teman rapat jauh sekali bezanya dengan teman sejati..kata orang teman sejati sukar dicari.  apa tidaknya..pada zaman sekarang ini ramai kawan yang makan kawan..

Hari demi hari, setiap detik itu berlalu dalam hidupku..sebenarnya makin mematangkan diriku sebagai insan yang kerdil di muka bumi ini..hidupku terasa luas walaupun ia sempit sekali, jika kawan sejati itu berada disisi. kawan sejati kita boleh anggap seperti adik beradik sendiri.walau kita berjenaka xtentu fasal yang boleh buat dia terasa dia tidak akan ambil hati..begitu juga kita dengan dia.

tapi..betul la cakap orang teman sejati itu sukar dicari apatah lagi kita hidup di zaman yang orangnya masing2 sentiasa mementingkan diri sendiri. di sini, aku juz ingin bercerita sedikit di sini, untuk tidak mengaibkan sesiapa aku tidak akan sesekali masukkan nama mereka di sini. aku ada kenal sorg mber ni..dia ok nampak baik jer awal perkenalanku dengannya, tapi lau bab mengumpat..humm susah nak dibendung. kadang2 aku sebagai seorang kawan ingin juga menegur tapi aku ni  jenis xsuka cari gaduh dengan orang...jadi apabila mereke ber pok pek..aku dengar je tanpa mengeluarkan kata, bagi aku lebih baik mendiamkan diri.

aku ingat pesan pensyarahku..kawan yang selalu mengumpat pasal orang lain,samada benar atau tidak kita xboleh percaya akan kata-.katanya dan kita tidak boleh pandang negatif terhadap orang yang diumpatnya itu melainkan kita lihat dengan mata kepala kita sendiri..silap2 aribulan aku takut aku terpengaruh..mtak2 dijauhkan. dan sebenarnya kawan seperti itu sepatutnya kita hindari..maksudnya kita boleh berkawan tapi jangan dijadikan teman rapat. rasanya cukup la cukuplah di sini, sebagai pengajaran buat semua..BERHATI-HATILAH memilih kawan, kita xmau kawan jadi lawan..tapi itulah hakikat dunia kini, musuh dijadikan kawan..kawan pula dianggap musuh..

TERIMA KASIH BUAT TEMAN SEJATI...dulu...kini & selamanya..
 
shahidatul nazlia (lia)
nor ain (ain)
syakirah (sa)
suria (yaya)
robiatul (ro)


semoga perhubungan kita kekal ke negri akhirat abadi..kepada lia, sa, n yaya..masih ingatkah anda saat manis dan duka kita??..hehe..ombak..laut..cafe catung..ha3..memori itu masih di ingatanku.

frenz...coming soon..ngeee



semoga cinta kita suci & diredhai ILahi...amin

semoga perhubungan aku dan dia mendapat keredhaan dari ayah ibu..
kerna dari redha ayah ibu..disItulah redhanya Allah..
semoga dia adalah yang terbaik buatku..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.