Monday, April 1, 2013

19 hadis hebatnya WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
 

Sunday, March 31, 2013

Jodoh & tulang rusuk

Ada kaitan ke jodoh ngan tulang rusuk ni..urrmmm??hehe..pape jela..
yang aku tahu setiap manusia itu diciptakan berpasangan..semua kat dunia ni ada pasangan, cuma dengan siapa hanya masa dan ketika akan menentukannya..hanya Allah s.w.t yang maha mengetahui.

ingin jadi macam ni...hehe

i like this words..

this one..

Saturday, March 30, 2013

Ulat Buku kerr??

haiihh hari semalam dalam sejarah...first time pjam buku sampai dah maximum limit tuhh!!haha..semangat nak balik kampung..tu pinjam buku kat library banyak dengan niat nak siapkan assignment...harapnya betol la niatku ini...haha.terasa jadi ulat buku jap..aku sabaukan je hati ni nak kena mengadap buku-buku ni..al maklumlah 3 months a go..huiihee..insyaAllah..aminn..apa yg digembirakan sangat tuh??hahaa biar ati ku je yang tau...kan..berdiam itu lebih bagus untuk kebaikan..
 sepuluh buku untuk 3 assignment...
- mantech
-innovation
-pemikiran
 
go...go......haaa nak pegi mana..p khatam buku yg duk menunggu tu..

first TRIAL..

28/03/2013
 
salam, hari ni first trial buatt baklava..nampak senang nak buat tp rupanya...fuhhh..
rumetnya baklava ni, first kena buang kacng yg dikatakan cerdik tu..yg tu saja dh amek masa kat stgah jam..ada yag kulit keras kena kopek ngan pisau.. then lpas siap kacang tu kena cincang pulak supaya ia xhancur lebur..kami try jgak buat guna blender awalnya..kononnya nk jmat masa, oleh krna kami bijak buat sparuh dulu..sbb lau hncur xla hancur semua..lg pun kacang tu mahal tuh!! hahaa..xde calang2 kat malaysia ni nak tumbuh..
 
trsenyum manis tu..untuk menambahkan lg kmanisan kt bakelawa la sgt.
 
ok pas cincang dipendekkan cte..baklava ni kami inovasikan guna kulit popiah, kulit popiah ni lebih tebal dari doh yg asal iaitu doh pilo..jd lapisan yg digunakan untuk buat baklava ni kami guna 5 layer bawah and then 5 layer atas. di tengah tu of course la si cerdik yg sedap..hehee..
 
 oles dulang dulu dgn butter yg dicairkan pastu letak 5 layer kulit popiah, oles lagi..
 

haa..pastu baru letak si cerdik.. ulang cara satu..
 
ni pulak air manisan..dicurahkan pada baklava yg telah siap dipotong dengan pisau supaya lelehannya masuk di celah-celah kepingan baklava and meresap ke tempt yg sepatutnya..hehe..
 
ni bako pada suhu 240 drjah celcius ye..masa lam setengah jam..
 
yg ni spring roll baklava, saje test bila dh gatai tgn nk make this and nk uat decision yg mana sdap rasanya..
 
 
conclusion..
 
haaaahhhh kecewanya, first trial xjadik....tp member rasa dorg cakap sdap je..hahh cuba bg pakar rasa plak..hampeehh..hihi, macam2 dikomen..tapi aku suka gak bnda ni xjd, mknanya aku akan dpt new knowledge and i must thinking about solution ..why my product baklava is soggy..not chunk..errmmm..errrmm???..adakah sbab kami inovasikan guna kulit popiah or pasal teknik buat yg salah or coz air manisan tu..or..hurmm pape jelah..ya Allah ketemukan kami jalan penyelesaiannya..kami harus success!!! bukan harus wajib!! selamatkan kami...