Wednesday, July 31, 2019

SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIBERI

Assalamualaikum..dan salam sejahtera

alahai hari ni dalam kesibukan bekerja teringat kat blog lama ni..
tut..rupanya dah 6 tahun dah berlalu tak update blog..hampir gak terlupa aku ada blog..haha
aku kini bukan yang dulu..maksud aku..kehidupan dah banyak berubah..dah kahwin dah ada anak..
dan sekarang anak-anak sememangnya jadi keutamaan dalam apa jua situasi..harta dunia akhirat kot..

hari ni kita corek pasal kehidupan jela sebabnya lama sangat dah tak meluah..haha.sebab sibuk dengan kerja and family..aku dikurniakan seorang suami yang baik tapi kadang-kadang kurang memahami juga..nasib aku ni baik juga so..kalo terasa hati sikit2 memang buat xtau jela (haha berprasangka baik kan penting)be positif katakan!!inikan lidah lagi tergigit..apakan pula suami isteri..ceewah..teringat lagu P.Ramlee gitew..sebenarnya kehidupan kita ni memang xkan kita boleh lari dari masalah...jangan lari OK!..so search solution to be happy everytime..aku tetap bersykur dengan Jodoh yang telah ditakdirkan buatku..dia sebenarnya kekuatanku..dulu sebelum kahwin of course la kekuatan tu dari parents tercinta..tapi xboleh nak tipu la Ibu ayah tu la orang yang paling memahami kita sampai bila-bila pun..sebab mereka yang kenal kita ragam kita dari kecil sampai dewasa..Semoga ALLAH sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat emakku dan ayahku yang tercinta..cinta hatiku dunia akhirat..tanpa doa mereka yang sentiasa megiringi setiap langkah perjalananku hingga kini siapa la aku..aku tidak mungkin menjadi aku yang sekarang..setiap kali drive nak g kerja pasti tidak ku lupakan untuk doakan mereka " Allahhumargfirli zunuubi..waliwalidaiya warhamhuma kamarabbayanu soghiro...aamiin"..semoga tidak aku lupa..aku menjadi seorang guru hari ini mungkin kerna berkat doa ibu ayah..so sebab itulah aku tidak mahu lupa agar sentiasa mendoakan mereka.

ok..berbalik pada jodoh..aku juga mendoakan dialah jodohku sampai ke syurga..baik buruknya inshaaAllah semoga ALLAH menetapkan hatiku dan hatinya untuk menerima jodoh kami seadanya..agar ALLAH memberikan kami rezki yang melimpah..rezki kesihatan..kasih sayang dalam rumahtangga kami berpanjangan dan rezki wang ringgit..bila dah banyak harta..moga ALLAH tidak melalaikan hati-hati kami dalam terjebak dengan syurga duniawi.kena sentiasa kita ingat akhirat tempat akhir perjalanan kita..cita-cita kita semestinya menuju ke syurga hakiki kan..So kena sentiasa beringat hidup di dunia ni sementara saje..

Alhamdulillah..hingga ke saat ni aku telah dikurniakan 2 cahaya hati dan bakal 3..inshaAllah semoga semuanya selamat buat adik menghitung hari perjalanan dalam rahim mama selama 9 bulan.mmmuahh sayang mama..tidak aku lupa sebenarnya ada 4 cahaya hati dah untuk akhirat..tapi Allah lebih menyanyanginya..IMTIAZ aku namakan dia..harap bertemu di syurga ye sayang..tunggu mama..abah..abang long iman..kak ngah nia..bakal adik baby..di syurga ye..biarlah apa yang berlaku antara kita berdua tersimpan hanya dalam hati sanubari mama untuk selamanya..biarlah hanya kita saja yang tahu sayang betapa mama sayang dan rindukan kamu..sebab ada yang lebih indah menanti kita..mama REDHA..saat mama menaip pasal kamu ni pun dah berkaca mata mama..aduss  terfeeling..sorry sayang..

Ok..cukup la dulu setakat ini..anytime kita continue lagi ya..inshaAllah..i want to be happy with my lovely one..ABANG..IMAN..RANIA..BABY..& MY PARENTS also..setiap ujian pasti ada hikmah yang kita tak nampak..hanya DIA yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya.




Monday, April 1, 2013

19 hadis hebatnya WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.