Saturday, August 7, 2010

BUAH MELAKA SPECIAL


Bahan-bahan

1. tepung pulut
2. air pandan
3. sedikit garam
4. sedikit air kapur
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
5. gula kabung/melaka dipotong kecil
6. kelapa parut (putih)

cara-cara

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

peringatan

1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.

Monday, July 5, 2010

LAKSA PENANG

Bahan - bahan:

1 kilo laksa (dicelur)
1 kg ikan kembung
2 batang bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun
sedikit daun salad
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
garam secukup rasa


Cara membuatnya:

1. rebus ikan kembung hingga lembut. buangkan tulangnya dan kisar isi ikan hingga halus
2. masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk. biarkan mendidih selama 20 minit.
3. kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.


Cara menghidang

1. masukkan laksa ke dalam mangkuk.
2. tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun dan telur rebus

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan
  1. 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
  2. 4 sudu besar tempoyak
  3. 10 biji cili padi (dikisar)
  4. 3 cm kunyit hidup (dikisar)
  5. 3 batang serai (diketuk)
  6. 3 batang bunga kantan (dihiris)
  7. 5 helai daun kesum
  8. 2 cawan air
  9. Garam, minyak masak dan gula pasir.
Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
  2. Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
  3. Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
  4. Apabila mendidih, masukkan garam dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat.

IKAN KELI GORENG BERLADA


Bahan-bahan

1. 1 kilo ikan keli
2. 10 sudu makan cili kisar
3. 8 biji bawang kecil
4. 6 biji bawang putih
5. 1/2 biji bawang besar
6. 3 biji limau kasturi - ambil jus
7. garam secukupnya
8. 1 batang serai * )
9. 1 inci halia * )
10.2 biji bawang putih*)- semuanya di tumbuk/kisar untuk perap ikan keli.
11.kunyit hidup secukupnya*)
12.garam*)

Cara-caranya
  • Bersihkan ikan keli. Rendam dengan air asam/jus limau dalam 5-10 minit.
  • Bilas semula dan perap dengan benda bertanda *.
  • Biarkan selama 10-20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng bawang kecil, bawang putih dan bawang besar.
  • Toskan dan tumbuk kasar..jangan lumat tau..nanti kurang kick
  • Goreng ikan keli dengan minyak yang banyak sehingga garing dan toskan.
  • Gunakan minyak goreng ikan tadi dan tumislah cili kisar dengan api perlahan sehingga cili tadi masak.
  • Masukkan garam dan bawang goreng yang telah di tumbuk tadi.
  • Biarkan sehingga agak kering dan masukkan jus limau kasturi..terus kacau dan padamkan api.
  • Tuang di atas ikan keli tadi.

IKAN SINGGANG TERENGGANU..fuhh sedap


Bahan-bahan:
  • 5 Ekor ikan Aya/tongkol atau ikan Kembong
  • ¼ inci Lengkuas
  • 4 hiris kunyit hidup atau satu sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 biji cili hidup dipatahkan
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara:

1. Rebuskan semua bahan sekaligus sehingga ikan masak. Boleh ditambah gula jika sukakan rasa lebih manis.
2. Dimakan panas bersama tempoyak dan sambal belacan. Sangat sesuai dimakan bersama pelbagai jenis ulam.

KUIH BATANG BURUK

Bahan-bahan:
  • kulit popia 1 bungkus
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar nestum
  • 6 sudu besar susu tepung (milk powder)
cara-cara:
  • potong 4 atau 3 setiap sekeping kulit popia
  • gulung gunakan straw atau chopstick (yang orang cina guna untuk makan), boleh juga gulung pakai tangan.
  • goreng kulit popia yang telah digulung sehingga kekuningan, jangan sampai hangus
  • biar sejuk
  • kisar nestum, gula dan susu tepung tadi
  • gaulkan popia oreng dengan bahan yang dikisar tadi. Siap untuk dihidang

Thursday, July 1, 2010

assalamualaikum..

saya buat blog ni hanya sekadar tatapan diri..untuk menilai setiap detik kehidupan..blog ini mungkin menjadi inspirasi dalam mencetus seberapa banyak idea..suatu hari nanti siapa yang tahu..??..:-)..insyaAllah..SYUKRAN YA ALLAH..