Thursday, March 24, 2011

KELAS PENYEDIAAN MAKANAN

8 MAC 2011

ALOO CHOBI

errmm..ni aku masak SUPERVISOR tuk masakan pada hari ni minggu 10 alina & yus. masa masak ada la juga kena tegur dari pn nazira pasal cara pemotongan sayur..huhuhu.

BAHAN-BAHAN

500 gm bunga kobis- potong kecil/florett
3 biji kentang- potong dadu, goreng hingga empuk
4 biji lada hijau-belah dua, buang biji, hiris serong
1 biji terung panjang-potong dadu, goreng hingga empuk
2 peket jagung muda-potong bulat
2 biji tomato-potong dadu
5 ulas bawang putih-cincang halus
5 gm serbuk kari
1 biji bawang besar- cincang
150 gm minyak masak
10 gm camt garam
10 gm gula pasir.
50 gm daun sup

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan 2 camb minyak dalam kuali. goreng bawang merah dan bawang putih hingga kuning.
2. masukkan bunga kobis, jagung muda dan serbuk kari. goreng hingga lembut. masukkan sedikit air jika perlu.
3. masukkan tomato, lada hijau, terung dan kentang, sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
4. hidang sayur dalam pinggan yang sesuai dan taburkan dengan daun sup.

 harap resepi ni aku dapat buat lagi pada masa2 akan datang..INSYAALLAH...


 22 MAC 2011
EGG DROP SOUP

errmmm...first time dapat pujian masak sem ni...kate puan erna..masakan ni uumm....sedap...perfect!!..dalam hati gembira tapi nasib baik dalam keadaan sedar..(xriak lagi0..huahha..tapi memang aku pun rase betul2 sedap..first time juga aku masak benda ni..SUPERVISOR minggu 12  ni ct khairah, yatt & lia..jom layan resepi di bawah..:

BAHAN-BAHAN

50 gm bawang putih-cincang
10 gm serbuk lada
10 gm serbuk lada sulah
1 biji bawang besar holland- cincang
4 liter air
80 gm serbuk ayam
200 gm sos tiram
100 ml kicap
30 ml minyak bijan
50 gm cendawan chitake- rendam air panas,hiris halus
5 biji telur- pukul sebentar
50 gm gula
20 gm garam
50 ml minyak

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cendawan chitake, bawang, serbuk lada dan serbuk lada sulsh, masak hingga kuning.
2. masukkan air, sos tiram, minyak bijan dan kicap. didihkan
3. setelah mendidih, sesuaikan rasa dengan serbuk ayam, gula dan garam.
4. masukkan telur sambil dikacau-satu arah sahaja.
5. hidang panas

resepi yang senang mudah dan ringkas...sedap pula tu..nyammm..nyam..

No comments:

Post a Comment